Tuesday, December 7, 2010

* musim baru dan blog yang baru :)

assalamualaikum.

Entry kali ini agak peliklaaa. maklumlah, dah berkurun lamanya tidak menulis blog dan tiba tiba hari ni. WOAH ! Baru :) Rasa . seronok tengok orang lain menulis. Jadi, sendiri pun teringinlah. Walaupun akhirnya akan cakap perkara yang merapu dan tidak berfaedah selalunya. Dan juga, walaupun memang tak ada orang yang akan membaca blog ini tetapi tidak mengapa, akan kuteruskan. HAHA. Blog sendiri jadi suka hati

Actually, saya officially sedang bercuti tiga minggu sempena SEM break dan baru lepas buat exam last week. Jadi, ada lagu satu sem untuk final lepas tu IB is OVER! Lepas ni boleh meloncat loncat seperti kera masuk hutan. HAHA. Exam bolehlaaa, separa okay dan separa pengsan jugak. Boleh tarik nafas dalam dalam. Hmmm. *sigh* Jadi apa apa keputusan luar dugaan harap dimaafi.

Bila dah balik rumah, mulalah merindui kejadian kejadian pelik dan aneh di KMB. Bukan kejadian mistik atau alam nusantara tetapi kejadian dan rentetan peristiwa. Oh, rindu. Walaupun kadang kadang peristiwa itu meruntun jiwa. (Okay, ini ayat tak boleh upgrade lagi ke apa entah). Rindu pada kawan-kawan. Seriously. Rindu roomate saya, Arlina Arshad :) Rindu pada Maryam aka Yam yang mungkin sekarang tengah sibuk main internet tgk cerita Korea. Rindu pada classmate jugak.

Tomorrow, kaknyah which is my sister akan habis exam Bio. Jadi, freedomlah dia untuk seketika sementara tunggu last paper seni. jadi, GOOD LUCK ! After that, kami akan pergi pawagam dan menonton wayang. Memang indah hidup kalau kerja asyik berjoli suka ria. Duit sumbangan pihak ibu bapa :) Sekarang tepat jam 1.15 a.m. Hah, time to sleep. Life could not be better than this. Bersedia menanti hari esok ! (:

Mentor mentee ;)
*from left : amni, me, yee har, Teacher Azmira, Elli, Fatin, Husni Dexter


Again, its them (:



Oh, classmate :) sayang mereka !

No comments: