Sunday, June 26, 2011

* Hanya monyet yang boleh buang sampah sembarangan


(source from Google)

See that picture? Yang dekat atas tu? Nampak tak? Nampak tak? (okay mestila nampak kan) gambar ini diharap dapat direlatekan oleh anda semua apabila selesai membaca post ini :)
Probably this is my last post for this week because nak balik kampung tolong opah sikit. Okay, tu tak penting sangat (bajet je ada orang baca blog kau kan, HAHA)

Beberapa hari yang lalu, my sister and I keluar untuk membeli burger china town yang sedap. So, we went there by car laaa of course. I decided to just wait in the car because there was no parking available. Park kereta tepi tepi jalan je. As I waited, there's this group of girls (identiti dan bangsa dirahsiakan) walking towards their bikes sambil pegang teh ais kot, if im not mistakenlaa. Their bikes are just in front of my car. So, diorang pandang pandang like i care laaa. But, what i care is that one of them, yang dah habis minum teh ais bungkus tu just throw the plastic betul betul depan my car tanpa ada perasaan bersalah. WTF moment di situ kan. I did not care or pissed off because they throw it in front of my car. Tak calar pun kereta but, buang sampah merata-rata? WTH? (lagi satu disitu) itu, saya tak boleh terima. Puh-leaseeeee. Where the hell is your sensitivity weyh? Ingat tu jalan bapak kau ke kau nak suka hati buang sampah mana-mana kau suka? Sebagai rakyat malaysia yang mementingkan sensitiviti rakyat juga 1 Malaysia, saya dgn sopan membuka lampu kereta setingginya supaya dia silau sikit dan entah kenapa mereka beredar dari situ juga dgn "sopannya".

(source from Google)

Inikah rakyat Malaysia? negara sendiri pun tak sayang. Buang sampah merata-rata. Samalah macam kita buang sampah dekat ruang tamu rumah. Tahu marah kalau rumah sepah, malu tgk dkt orang yang datang rumah kan? Jadi, jalan yang anda selalu jalan ni, tempat anda duduk ni, tak nak pulak jaga.

I'm ashamed. Yes, Very ashamed. malu bila tengok orang buang sampah macam ni. Bayangkan plastik teh ais yang perempuan tu buang siapa yang nak kutip? Kalau saya tak nampak dan kutip, balik balik pak cik MPT jugaklaa yang kutip. Diorang igt pakcik majlis perbandaran tu kuli batak diorang laa yang nak kena kutip sampah everytime diorang buang sampah. Oh, sedih. Cuba kita contoh negara lain. Bukan niat saya untuk bangga dengan negara orang lain dan menjatuhkan negara sendiri. tidak, in fact, i'm proud to be Malaysian. Pernahkan anda lihat orang buang sampah merata-rata di Singapore? atau Australia? UK ke? Honestly, bila pergi Australia dulu, tak pernah pulak nampak orang pergi buang sampah tepi jalan ke apa ke. And, kalau pergi McD di sana, they even throw their rubbish dalam dustbin sendiri. But, in Malaysia pekerja kedai tula yang kena tolong kutipkan.

So please people, do love our country and cintailah alam sekitar kita :) kalau bukan kita, siapa lagi. Even dalam al-Quran pun Allah asks us to protect and love our environment.

"God created nature in a balance("al-mizan") and mankind's responsibility is to maintain this fragile equilibrium through wise governance and sound personal conduct" (2:30)

"And it is He who spread out the earth, and set thereon mountains standing firm and (flowing) rivers; and fruits of every kind he made in pairs, two and two; He draweth the night as a veil over the Day. Behold, verily in these things there are signs for those who consider." (13:3)

Fikir-fikirkanlah. Allah sudah bagi alam untuk kita nikmati dan kita? :)

(Source from Google)
(source from Google)

Friday, June 24, 2011

* Debabs. They made my day ;)

Camwhore adalah hobi mereka ;)

That little cute rascal (the one with red yg agak terdedah bajunya) is so excited to see her own face.

They are so good at showing their teeth. Say cheeeeeese :D

Gigi lagi. This time over reacted.

I think she found something melekat dekat gigi. HAHAHA :)

Paying attention at twinkle twinkle little star

Tak sia-sia guna Codomo Lion ;)

Confused agaknyaaa.

Lawan pipi siapa paling panjang kalau ditarik. kiraan dalam centimeter

I think this debab is sooo self adore. HAHA :)

* Eeeeewwwwww, kampungnyaaaa.


Pernahkah kita dengar sesuatu macam ini? "Eeeeewwww, kampungnyaaaaa. Gelinyeeee! OMG, disgustingggggg" (sambil buat muka jengkel)

Oh yaaa, saya pernah. So today i just thought of expressing something which i thought really pathetic. yes - PATHETIC. i am sorry to anybody who might or will feel insulted but i did not mean too because its just an opinion. Opinion from me :)

Perkataan seperti kampung, OMG kampung gilerrrr, sooo annoying dan macam-macam lagi adalah sangat inappropriate. It is not wrong to say that to someone yang anda kenal because probably it'll turn out to be some kinda jokes kan? but to some anonymous? I don't think so. kenapa perlu judge cara orang berpakaian? or cara orang make up? or what brand did she or he wear? Why?
Bayangkan anda di mall dan tiba-tiba adalaa beberapa manusia yang berkata begini:

manusia 1: "OMG babe, look at that! Sooo last year okay dress up dia. Tolonglaaa jangan jalan dekat mall ni pakai baju like that. fashion police okay!"

manusia 2: "Goshhh, so trueeee. What baju is that. My goshh, kalau tak reti bergaya tak payahlaa. An, plus make up pun eeeewwwww, make up kampungggggg!"

Apakah ini? Siapa kita untuk judge orang pakai baju, make up dan sebagainya? Up to them to wear what they want. Mereka juga manusia seperti kita semua, seperti saya dan seperti orang lain. And who are we to label them as orang kampung? Kannn? For me, orang kampung pun orang kampunglaaa. At least saya tak mengumpat belakang belakang. Nanti nak minta maaf kan susah bila time nak bertaubat tu. One more, manusia manusia yang sering label melabel orang dan very judgmental ini, you are very beautiful, cantik sangat, dress up gorgeous okay! Tapi, hati anda? Cantik?

Saya tak kata hati saya cantik dan bersih tetapi saya sedang dan selalu mencuba untuk mencantikkannya. jadi, fikir fikirkanlah. Allah sudah menciptakan manusia itu indah dan sangat sempurna. Tiada istilah kampung, tak reti bergaya or what not because the reality is Allah did not see all those things. In the eye of Allah, everyone is equal :) tak kisahlaaa korang pakai baju branded, make up vouge, dress up paris hilton ke but at the end, nanti kita akan pakai kain putih yang tak ada brand pun. Kan?

Wednesday, June 22, 2011

* Makcik, nasi lemak ni berapa banyak kalori ?


I think I have so much of a leisure time until I felt that I had too much to write about. Well, I was browsing the online Malay Mail just to check out what's happening around me and what not. So, I came across this article about labeling the calorific value on each food in the school canteen. As so, it was announced by our own Health Minister, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Okay, see that? Seriously. Malaysian need to be healthy and according to my research pun, most of Malaysian died of obesity. I think the government did a good job for creating this idea and teach the kids to eat healthy food and have a perfect balanced diet. bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. kan kan? According to this article, by advising the canteen pakcik and makcik to label their food will help to build a culture of healthy eating and help them learn the importance of good nutrition. I second those. hands up !

But, to what extent this calory thing can help them? (errrr, macam RQ la pulakk) What I mean is that did the kids in the school really understand it? And do they really see those labelling before they buy nuggets or nasi lemak during waktu rehat? Yess, that's the question because it happens to my own sister a.k.a Bab (Debab).
Today I asked her about her canteen. The conversation is more or less like this:

Me : Bab, kantin kamu ada letak calory value dekat food tak?
Bab : Adaaaaaa
Me : aaaahh, so hari ni makan apa dekat kantin?
Bab : Adik makan nasi ayam. Sedap
Me : (gasp) Nasi Ayam?!!! (macamlaa dulu tak pernah makan nasi ayam kan, kecoh je kakak ni). Tengok tak kalori dia berapa?
Bab : Ohhhh, tak. Adik lupa. Tak penting punlaaa kakak. Janji dapat makan. Heeeee

So, Jadi, apakah? Tak penting? What??? Who's to blame? Makcik kantin? Pakcik kantin? My sister aka Bab? Whoooooo?

In this case you can't really blame anybody because its everybody's fault I think. First of all, some may argue and blame government for implementing such a crazy idea. seriously, I've heard it.

" Blergghhhh, letak food calory? habislaa budak budak tak dapat makan" or like this "macamlaaa budak tu hairan, merepek" and it went on and on and onnnn.

and some may blame the makcik and pakcik canteen for selling fast food. Like hello! Anak kau jugak yang suka makan fast food kan. They are just doing their job. Cari makan kasi anak diorang pulak makan. Am i right?

The main things to be highlighted here is actually the eating habit actually comes from home. Parents sometimes teach their kids to eat fast food because probably too busy with work, no time to cook. Fast food is fast and delicious.
Even us, we tend to find something that is easy for us and tastier. we did not care about the value. Probably some of us do care about eating organic food and read the calorie intake but speaking for myself, i don't. So, i myself need to change my eating habits and make my life more healthier :) As so, we as an adult have to introduce good food to them so they can grow up in a healthy way.

am gonna start calculating my calorie intake for today. What say you? have you start? :)

Tuesday, June 21, 2011

* sahabat :)


Baru lepas facebooking dengan Arlina. Malam ni nak cerita pasal sahabat. Saya tak pernah sedar yang di keliling saya, penuh dengan manusia yang sangat istimewa. Manusia yang sentiasa buat saya tersenyum, without fail okay! Walau saya sedih macam mana punn, ada je lawak mereka untuk pujuk saya. Itulaahhh sahabat saya.

Saya ada banyak sahabat. Kalau nak kira dengan jari memang tak cukup. Meh sini, nak cerita antara sahabat yang selalu ada dengan saya. Tak kiralaaa disusunan mana mereka, mereka tetap nombor 1 okay. kalau diorang baca, walaupun korang diletak paling last, jangan marah yeee.

1. Maryam Arina or Yam Yam

Orangnya serious, eceh. Kalau tak kenal dia laaaaa. Tapi sebenarnya manusia yang penuh dengan perasaan. Selalu jaga hati bestfriend dia (yee, sayalaaa tu). kadang kadang kitorang selalu tak sama pendapat tapi, entah macam tak ada benda punn. Setakat ni tak pernah lagi bergaduh sebab kalau nak gaduh, kitorang gaduh depan depan jeee. Yam, sayang Yam! selalau cakap "Ainun, kau boleh buatlaaa. kau ni belum apa apa dah cakap tak boleh" (dengan muka dia yg serious dan rasa nak kena cekik) HAHA. Paling tak boleh lupa, lepas habis exam dia datang bilik dan kata, "Ainun, aku sedihlaaa. nanti tak jumpa kau dahh. Tak dapat sembang dgn kau, tgk juvana, sembang sambil kau sikat rambut" HAHA itulaaa yamm ni.

2. Arlina Arshad
Macam biasalaaaa. Dia roommate saya. yesss, roommate terchenta. Selalu bagi semangat dekat saya. Kadang kadang rasa bersalah dekat dia sebab saya selalu tak dapat pujuk dia kalau dia menangis. Minta maaf. Tapi, kita betu betul dah try untuk jadi roommate yang baik, okay? Bila periksa, masing masing support each other. Haaaa, janji sama sama akan dapat 45 dan fly pergi Australia. Saya ada, korang ada? :) orangnya lawakk dan always buat saya gelak. Arli, Arli. macam macam yang berlaku but she's strong dan sebab tu saya admire dia supaya jadi kuat jugak. thank you awak ! :)

3. Amni Bahirah
Classmate yang orang kata kitorang macam kembar. Perangai sama. Kawan saya di kelas. Orangnyaaaa lawak. HAHA. Bila ada masalah, Amni selalu ingatkan saya supaya ingat Allah. itulah diaaa. selalau tidur dan makan dekat bilik Amni. Apa lagi? Macam macam amni buat untuk saya. Allah je boleh balas budi baik Amni. Orangnya manis, rajin dan very greeeeeeeeen. Bersih oh. Dah lama tak jumpa amni. Rindu :')

4. Syuhada atau Syudud
Bestfriend saya dari Beseri sampai sekarang. Syudud ni lawak orangnyaaa. HAHA. Suka buat lawak spastik sikit. Kadang kadang datang bilik pukul 9.00 pagi nak makan maggi sebab lapar. HAHA. Mungkin memang tak boleh pisah dari Miss Dud nie. Tapi, lepas ni syud nak pergi UK. Tinggal saya. Dekat siapalaaaa saya nak sembang dengan cerita masalah. harap syud tak lupalaaaa kawan dia yang sorang ni.

5. Classmate

Naimah, abil, yanti, izzati, ain, najwa, fatin, eli, yee har, michelle, dan fasihah. mereka semua dalam golongan yang samalaaa. Kalau nak tulis satu satu panjang sangat. HEHE. Bersyukur kerana bertemu dengan mereka. :)

6. Ainzu or zuzu
Tak akan lupa Ainzuuuuu. Kawan saya sorang ni memang laaaa sangat semangat. Selalu laaaaa datang dan buat saya gelakkk. Sayanggg Ainzu. tatau nak cakap apa pasal Ainzu sebab byk sangat yang nak kena tuttt. HEHE. malangnyaaa tak ada gambar dengan ainzu :( Tapi tak apa, ada gambar dalam hati :)

Apa yang ingin di highlightkan di sini adalah sahabat tak datang selalu dalam hidup kita. jarang kita dapat sahabat yang sanggup kongsi susah senang. jadi, sementara ada, hargailah. Saya sayang sahabat saya, awak?

* ibu dan ayah


Post ini agak sentimental tapi siapa peduli kan?
Ibu dan ayah, dua orang ini adalah orang yang paaaaaaaaaaling saya sayaaaaaaaaang dalam dunia selepas Allah dan Rasul. Merekalah yang bagi semangat, cinta, kasih sayaaaang dan duit. HEHE.

Dah 20 tahun saya hidup, sekarang baru saya betul betul rasa dan tahu bahawa mereka adalah nyawa saya. Bukan sebelum ini tak rasa tapi, kurang rasanyaa. Bak kata orang, kita kadang kadang tak hargai apa yang ada depan mata. Seperti juga saya. Bila dah besar dan mula boleh berfikir, saya tahu saya tidak akan dapat hidup dan berjaya seperti sekarang (berjaya ke?). Setahu saya, nasihat mereka jugalaa penenang hati saya walaupun kawan kawan ada disekeliling saya. Mereka macam depressant - sangat menenangkan.


nama ibu Nurulhana bt. Shamsuddin. seorang wanita yang cukup saya kagumi dalam hidup saya. walaupun ibu selalu emosi, tapi saya tetap sayang ibu. Ibu selalu risau kalau saya sedih. Masih ingat lagi, sewaktu saya tak dapat placement di Ireland, ibulah orang yang paling sedih sekali. Walaupun ibu tak tunjuk, tapi, saya tahu ibu sedih. Berkali kali ibu cakap "sabar kakak, Allah nak uji kamu tuu." waktu exam IB, ibulah orang yang tak putus putus doa untuk saya. Semoga anaknya ni dapat jawab periksa dengan elok. setiap malam ibu bangun dan buat solat Hajat. Comelkan ibu? setiap kali periksa mesti dan harus call ibu sebab ibu nak tahu saya boleh jawab exam atau tidak. kalau tak, ibu yang akan call. pada suatu hari, sebelum ke intervies Newcastle Australia, ibu risau sangat untuk saya. Takut anaknya tidak dapat tempat lagi. Sebelum saya pergi, ibu peluk dan kata "Buat elok elok, ibu akan doakan kakak dekat sini". jadi dengan doa ibu, saya pergi interview tu. InsyaAllah, ada rezaki saya, saya akan dapat.

Itulah ibu, seorang yang sabar, tabah, penyayang dan superwomannn. Saya sayaaaaaang ibu <3


nama ayah Zulkiflee bin Rasdi. Seorang lagi insan yang saya cukup kagumi. kadang-kadang ayah nampak macam tak peduli, tapi sebenarnya ayah sangat peduli. Percayalah. Ayah tempat saya mengadu dan tempat untuk saya naikkan balik semangat saya. kata-kata ayah selalu dapat hilangkan sedih dan air mata saya yang dah bertakung ni. Tapi kadang-kadang, no selalunya pecahlah empangan air mata sebab sedih sangat. Ayah tak pernah mengelak kalau saya nak bercerita. Dulu, waktu saya sedih, again kerana IB juga, ayah call berkali kali dan tanya tentang saya. Ok ke tidak. Ayah juga selalu cakap "Sabar kakak, semua ni ada hikmahnya. kalau tak dapat maknanya memang Allah tak nak bagi sebab ada sesuatu yang lagi baik untuk kakak." dan satu lagi yang paling saya ingat. "kakak semoga berjaya. kakak boleh buat. Ayah tahu anak ayah hebat dan ayah selalu bangga dengan kakak". itulah ayat yang masih tersemat dalam hati dan menjadikan saya seperti saya sekarang. Ayah juga sanggup ambil cuti semata-mata nak hantar saya ke Kuala Lumpur untuk interview. bayangkan, Taiping ke Kuala Lumpur. Itulahhh namanya ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk anaknyaaaa.

Itulah ayah, pemberi motivasi dan orang yang menjadikan saya kuat semangat. Saya sayaaaaaang ayah <3

Inilah dua orang yang saya maksudkan, Ibu dan ayah ;)