Tuesday, June 21, 2011

* ibu dan ayah

salam.

Post ini agak sentimental tapi siapa peduli kan?
Ibu dan ayah, dua orang ini adalah orang yang paaaaaaaaaaling saya sayaaaaaaaaang dalam dunia selepas Allah dan Rasul. Merekalah yang bagi semangat, cinta, kasih sayaaaang dan duit. HEHE.

Dah 20 tahun saya hidup, sekarang baru saya betul betul rasa dan tahu bahawa mereka adalah nyawa saya. Bukan sebelum ini tak rasa tapi, kurang rasanyaa. Bak kata orang, kita kadang kadang tak hargai apa yang ada depan mata. Seperti juga saya. Bila dah besar dan mula boleh berfikir, saya tahu saya tidak akan dapat hidup dan berjaya seperti sekarang (berjaya ke?). Setahu saya, nasihat mereka jugalaa penenang hati saya walaupun kawan kawan ada disekeliling saya. Mereka macam depressant - sangat menenangkan.


Ibu;

nama ibu Nurulhana bt. Shamsuddin. seorang wanita yang cukup saya kagumi dalam hidup saya. walaupun ibu selalu emosi, tapi saya tetap sayang ibu. Ibu selalu risau kalau saya sedih. Masih ingat lagi, sewaktu saya tak dapat placement di Ireland, ibulah orang yang paling sedih sekali. Walaupun ibu tak tunjuk, tapi, saya tahu ibu sedih. Berkali kali ibu cakap "sabar kakak, Allah nak uji kamu tuu." waktu exam IB, ibulah orang yang tak putus putus doa untuk saya. Semoga anaknya ni dapat jawab periksa dengan elok. setiap malam ibu bangun dan buat solat Hajat. Comelkan ibu? setiap kali periksa mesti dan harus call ibu sebab ibu nak tahu saya boleh jawab exam atau tidak. kalau tak, ibu yang akan call. pada suatu hari, sebelum ke intervies Newcastle Australia, ibu risau sangat untuk saya. Takut anaknya tidak dapat tempat lagi. Sebelum saya pergi, ibu peluk dan kata "Buat elok elok, ibu akan doakan kakak dekat sini". jadi dengan doa ibu, saya pergi interview tu. InsyaAllah, ada rezaki saya, saya akan dapat.

Itulah ibu, seorang yang sabar, tabah, penyayang dan superwomannn. Saya sayaaaaaang ibu <3



Ayah;

nama ayah Zulkiflee bin Rasdi. Seorang lagi insan yang saya cukup kagumi. kadang-kadang ayah nampak macam tak peduli, tapi sebenarnya ayah sangat peduli. Percayalah. Ayah tempat saya mengadu dan tempat untuk saya naikkan balik semangat saya. kata-kata ayah selalu dapat hilangkan sedih dan air mata saya yang dah bertakung ni. Tapi kadang-kadang, no selalunya pecahlah empangan air mata sebab sedih sangat. Ayah tak pernah mengelak kalau saya nak bercerita. Dulu, waktu saya sedih, again kerana IB juga, ayah call berkali kali dan tanya tentang saya. Ok ke tidak. Ayah juga selalu cakap "Sabar kakak, semua ni ada hikmahnya. kalau tak dapat maknanya memang Allah tak nak bagi sebab ada sesuatu yang lagi baik untuk kakak." dan satu lagi yang paling saya ingat. "kakak semoga berjaya. kakak boleh buat. Ayah tahu anak ayah hebat dan ayah selalu bangga dengan kakak". itulah ayat yang masih tersemat dalam hati dan menjadikan saya seperti saya sekarang. Ayah juga sanggup ambil cuti semata-mata nak hantar saya ke Kuala Lumpur untuk interview. bayangkan, Taiping ke Kuala Lumpur. Itulahhh namanya ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk anaknyaaaa.

Itulah ayah, pemberi motivasi dan orang yang menjadikan saya kuat semangat. Saya sayaaaaaang ayah <3





Inilah dua orang yang saya maksudkan, Ibu dan ayah ;)

6 comments:

syud said...

:D.. comel... teringat ayah kau bg analogy pasal airplane.. terbang!! ingat ke x kau? hehe.. aku igt sbb aku ckp skali je dgn ayah kau.. kalau kau mesti lagi byk analogi dan kata2 semangat.. go nunun!!

ainun zulkiflee said...

HAHA, banyak sangat yang ayah aku cakap. Aku ingat kalau ayah aku cakaapp. HEHE. Thank you syuddd ;)

anggun said...

ainunnn!! comel sgt.. xpe ainun.. Allah kan ade.. Die xkn kecewekan mak dan ayah kau.. rilek derr..haha =) btw, ayat kau sgt comel..

ainun zulkiflee said...

anggun, thank you. Yesss, I believe Allah tak akan kecewakan mak dan ayah aku. Anggun oh anggun ni sebenarnya siapaaa?

anggun said...

aku lahh.. dara.. sje buat name glemer..hehehehe =D

ainun zulkiflee said...

gahahahaha. Dara oh Dara. kau memang anggunlaaa ;)