Thursday, August 27, 2009

bila pintu hati diketuk ; Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Berjuta umat menunggu kedatangannya bagai menunggu satu kelahiran baru. Bagi kami, Ramadhan adalah titik perubahan, bulan ketenangan dan penuh istiqamah.
Ramadhan datang dan mengetuk pintu hatiku. Mengajak diri untuk muhasabah dan menilai sejauh mana hidup ini membawa aku menjadi diri sendiri. Aku berfikir sejenak dan melihat ciptaan Allah. Subhanallah, bahawa aku sebenanrnya telah lalai di muka bumi ini. Lalai menjadi seorang muslim solehah, aku sibuk dengan kelalaian dan keseronokan dunia.
Kadang kala, aku tidak berfikir bahawa Allah telah menentukan segalanya tetapi, aku seakan lupa bahawa aku sepatutnya bersyukur, bukan hanya tahu meminta.
Bila pintu hati diketuk, dada bagai terasa lapang. Bagai dicuci dgn keikhlasan diri sendiri yg datangya dari Allah s.w.t . Maha suci Allah, Maha Pengasih lagi Penyayang yang masih memberi aku peringatan dan kesedaran disebalik kelalaian aku. Sesungguhnya, Allah masih menyayangi aku.

Benar kata orang, manusia lupa dan lalai tetapi di saat kesusahan, mereka kembali kepada pencipta mereka yang Maha Esa yang bisa melakukan apa sahaja dengan izinnya. Bila Ramadhan menjelma, aku menjengah zaman yang telah aku lalui. Penuh dgn kelalaian dan terlalu mengejar keduniaan. UPSR, PMR, SPM dan kini IB. Semua itu aku kejar untuk kenikmatan dunia tapi terdetik seketika di dalam hatiku bahawa, ia datang dari Maha Agung Allah.

Selama aku masih bisa bernafas, atau disaat kau mencabut nyawaku, aku akan tetap mencintaimu, ya Allah, rabbul alamin. Selama aku hidup, ya Allah, kau beri aku kenikmatan dunia dan aku cukup bersyukur dengan segalanya.


; refleksi diri dan muhasabah. Ramadhan titik permulaan dan perubahan.


love,
*ainunMENAWAN ;)

No comments: