Friday, July 8, 2011

* Habis pahala dengan menyumpah

Salam.

Mula mula better off to start with Astaghafirullahalazim. Oleh kerana hari ni hari Jumaat. penghulu segala hari, harapannya adalah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya dan akan minimise kan dosa dosa yang mungkin tidak disengajakan seperti mengumpat dan lain lain. Tetapi, biasalaa bila kita dah berazam nak berusaha bersungguh-sungguh, mesti adalah punya cabaran yang melanda. yang paling penting, cabarannya tak adalaa susah mana macam kena kejar anjing ke, atau yang sewaktu dengannya kan. Saja je nak over emo sikit. Tapi, karangan ini juga adalah sebahagian luahan rasa hati (eceh, ayat nak melankolik je kan) dan juga peringatan pada diri sendiri dan juga pada orang lain (kalau ada yang baca).

Pertamanya, memanglaa saya tak faham. Kenapa kalau nak ambil anak atau nak hantar anak kena parking kereta betul betul depan sekolah tu? Kalau ada laluan kereta boleh masuk terus sekolah mcm drive thru McD tu agak agak berderet laaa kereta kan. And, kalau yang tak boleh blah nye parking sampai 40 jam semata mata nak tunggu anak yang akan keluar kelas dalam masa 40 minit lagi. Jadinya, jam jalan tu. Faham tak, jam ! tension tau tak. Adoilaaa. Puan puan, encik encik, bapak bapak, dan ibu ibu. Silalah jangan park kereta anda di tengah tengah jalan yang akan block satu kawasan Taiping tu. Alahai. kalau anak balik pukul 1, jgnlaa datang 40 minute in advance, lepas tu parking dkt tgh tgh kawasan, habis orang lain yang nak lalu ni macam mana? Terpaksa anak org lain lintas jalanlaaa. Okay, bahaya faham? Tak acila anak pakcik ke makcik dapat keluar pintu gate terus lompat masuk kereta, kalau anak Agung mungkin saya fahamlaaa. Anddd, yang paling penting, kalau nak hantar anak pergi sekolah tu, tak payahla siap payung payung and angkat bag segala siap pimpin tangan sampai masuk classroom, paling penting kereta mereka di park di pertengahan jalan macam biasa. Dulu waktu saya sekolah, ingat lagilaaa. Ibu hantar pergi sekolah tak ada maknanya nak angkat bag. Kau angkatla sendiri yeeee. Independentlaa sedikit. Apa yang lagi membuat darah mendidih adalah, apabila anak mereka sudah selamat berada dalam kereta dan nak blah dari situ, mulalaaa nak hon kereta semua org yg halang kereta. Tak boleh keluar. Haaa, baru padan muka. Like Hello! Padanlaa muka kan parking tgh jln lagi kan, sekarang kau tunggulaa 40 minit lagi mcm mana kau buat org lain.





Orang stressss, tau takkk! Disebabkan inilah pelbagai kata kata yang tidak terlalu enak telah dikeluarkan. Masalah betulla. Okaylaaa, mungkin tak boleh salahkan sesiapa sebab sayang anak tapi berpada-padalaaa kan.

Kita kan, kenalaa consider other people jgk, jadi moral of the story, janganlaaa selfish sangat because bukan kau sorang je yang duduk dalam dunia ni. Banyak lagi manusia lain okay?

2 comments:

Nabihah said...

HAHAHA.. aku memang dah byk hilang pahale dah ainun bile anta adik aku pegi skola.. same situation with u..hhuhu sabor je laa!!=)

ainun zulkiflee said...

Hahaha, kannn? AKu rasa nak meletup je. Wahahaha :)