Tuesday, June 21, 2011

* sahabat :)

Salam.

Baru lepas facebooking dengan Arlina. Malam ni nak cerita pasal sahabat. Saya tak pernah sedar yang di keliling saya, penuh dengan manusia yang sangat istimewa. Manusia yang sentiasa buat saya tersenyum, without fail okay! Walau saya sedih macam mana punn, ada je lawak mereka untuk pujuk saya. Itulaahhh sahabat saya.

Saya ada banyak sahabat. Kalau nak kira dengan jari memang tak cukup. Meh sini, nak cerita antara sahabat yang selalu ada dengan saya. Tak kiralaaa disusunan mana mereka, mereka tetap nombor 1 okay. kalau diorang baca, walaupun korang diletak paling last, jangan marah yeee.

1. Maryam Arina or Yam Yam

Orangnya serious, eceh. Kalau tak kenal dia laaaaa. Tapi sebenarnya manusia yang penuh dengan perasaan. Selalu jaga hati bestfriend dia (yee, sayalaaa tu). kadang kadang kitorang selalu tak sama pendapat tapi, entah macam tak ada benda punn. Setakat ni tak pernah lagi bergaduh sebab kalau nak gaduh, kitorang gaduh depan depan jeee. Yam, sayang Yam! selalau cakap "Ainun, kau boleh buatlaaa. kau ni belum apa apa dah cakap tak boleh" (dengan muka dia yg serious dan rasa nak kena cekik) HAHA. Paling tak boleh lupa, lepas habis exam dia datang bilik dan kata, "Ainun, aku sedihlaaa. nanti tak jumpa kau dahh. Tak dapat sembang dgn kau, tgk juvana, sembang sambil kau sikat rambut" HAHA itulaaa yamm ni.

2. Arlina Arshad
Macam biasalaaaa. Dia roommate saya. yesss, roommate terchenta. Selalu bagi semangat dekat saya. Kadang kadang rasa bersalah dekat dia sebab saya selalu tak dapat pujuk dia kalau dia menangis. Minta maaf. Tapi, kita betu betul dah try untuk jadi roommate yang baik, okay? Bila periksa, masing masing support each other. Haaaa, janji sama sama akan dapat 45 dan fly pergi Australia. Saya ada, korang ada? :) orangnya lawakk dan always buat saya gelak. Arli, Arli. macam macam yang berlaku but she's strong dan sebab tu saya admire dia supaya jadi kuat jugak. thank you awak ! :)

3. Amni Bahirah
Classmate yang orang kata kitorang macam kembar. Perangai sama. Kawan saya di kelas. Orangnyaaaa lawak. HAHA. Bila ada masalah, Amni selalu ingatkan saya supaya ingat Allah. itulah diaaa. selalau tidur dan makan dekat bilik Amni. Apa lagi? Macam macam amni buat untuk saya. Allah je boleh balas budi baik Amni. Orangnya manis, rajin dan very greeeeeeeeen. Bersih oh. Dah lama tak jumpa amni. Rindu :')

4. Syuhada atau Syudud
Bestfriend saya dari Beseri sampai sekarang. Syudud ni lawak orangnyaaa. HAHA. Suka buat lawak spastik sikit. Kadang kadang datang bilik pukul 9.00 pagi nak makan maggi sebab lapar. HAHA. Mungkin memang tak boleh pisah dari Miss Dud nie. Tapi, lepas ni syud nak pergi UK. Tinggal saya. Dekat siapalaaaa saya nak sembang dengan cerita masalah. harap syud tak lupalaaaa kawan dia yang sorang ni.

5. Classmate

Naimah, abil, yanti, izzati, ain, najwa, fatin, eli, yee har, michelle, dan fasihah. mereka semua dalam golongan yang samalaaa. Kalau nak tulis satu satu panjang sangat. HEHE. Bersyukur kerana bertemu dengan mereka. :)

6. Ainzu or zuzu
Tak akan lupa Ainzuuuuu. Kawan saya sorang ni memang laaaa sangat semangat. Selalu laaaaa datang dan buat saya gelakkk. Sayanggg Ainzu. tatau nak cakap apa pasal Ainzu sebab byk sangat yang nak kena tuttt. HEHE. malangnyaaa tak ada gambar dengan ainzu :( Tapi tak apa, ada gambar dalam hati :)

Apa yang ingin di highlightkan di sini adalah sahabat tak datang selalu dalam hidup kita. jarang kita dapat sahabat yang sanggup kongsi susah senang. jadi, sementara ada, hargailah. Saya sayang sahabat saya, awak?

* ibu dan ayah

salam.

Post ini agak sentimental tapi siapa peduli kan?
Ibu dan ayah, dua orang ini adalah orang yang paaaaaaaaaaling saya sayaaaaaaaaang dalam dunia selepas Allah dan Rasul. Merekalah yang bagi semangat, cinta, kasih sayaaaang dan duit. HEHE.

Dah 20 tahun saya hidup, sekarang baru saya betul betul rasa dan tahu bahawa mereka adalah nyawa saya. Bukan sebelum ini tak rasa tapi, kurang rasanyaa. Bak kata orang, kita kadang kadang tak hargai apa yang ada depan mata. Seperti juga saya. Bila dah besar dan mula boleh berfikir, saya tahu saya tidak akan dapat hidup dan berjaya seperti sekarang (berjaya ke?). Setahu saya, nasihat mereka jugalaa penenang hati saya walaupun kawan kawan ada disekeliling saya. Mereka macam depressant - sangat menenangkan.


Ibu;

nama ibu Nurulhana bt. Shamsuddin. seorang wanita yang cukup saya kagumi dalam hidup saya. walaupun ibu selalu emosi, tapi saya tetap sayang ibu. Ibu selalu risau kalau saya sedih. Masih ingat lagi, sewaktu saya tak dapat placement di Ireland, ibulah orang yang paling sedih sekali. Walaupun ibu tak tunjuk, tapi, saya tahu ibu sedih. Berkali kali ibu cakap "sabar kakak, Allah nak uji kamu tuu." waktu exam IB, ibulah orang yang tak putus putus doa untuk saya. Semoga anaknya ni dapat jawab periksa dengan elok. setiap malam ibu bangun dan buat solat Hajat. Comelkan ibu? setiap kali periksa mesti dan harus call ibu sebab ibu nak tahu saya boleh jawab exam atau tidak. kalau tak, ibu yang akan call. pada suatu hari, sebelum ke intervies Newcastle Australia, ibu risau sangat untuk saya. Takut anaknya tidak dapat tempat lagi. Sebelum saya pergi, ibu peluk dan kata "Buat elok elok, ibu akan doakan kakak dekat sini". jadi dengan doa ibu, saya pergi interview tu. InsyaAllah, ada rezaki saya, saya akan dapat.

Itulah ibu, seorang yang sabar, tabah, penyayang dan superwomannn. Saya sayaaaaaang ibu <3



Ayah;

nama ayah Zulkiflee bin Rasdi. Seorang lagi insan yang saya cukup kagumi. kadang-kadang ayah nampak macam tak peduli, tapi sebenarnya ayah sangat peduli. Percayalah. Ayah tempat saya mengadu dan tempat untuk saya naikkan balik semangat saya. kata-kata ayah selalu dapat hilangkan sedih dan air mata saya yang dah bertakung ni. Tapi kadang-kadang, no selalunya pecahlah empangan air mata sebab sedih sangat. Ayah tak pernah mengelak kalau saya nak bercerita. Dulu, waktu saya sedih, again kerana IB juga, ayah call berkali kali dan tanya tentang saya. Ok ke tidak. Ayah juga selalu cakap "Sabar kakak, semua ni ada hikmahnya. kalau tak dapat maknanya memang Allah tak nak bagi sebab ada sesuatu yang lagi baik untuk kakak." dan satu lagi yang paling saya ingat. "kakak semoga berjaya. kakak boleh buat. Ayah tahu anak ayah hebat dan ayah selalu bangga dengan kakak". itulah ayat yang masih tersemat dalam hati dan menjadikan saya seperti saya sekarang. Ayah juga sanggup ambil cuti semata-mata nak hantar saya ke Kuala Lumpur untuk interview. bayangkan, Taiping ke Kuala Lumpur. Itulahhh namanya ayah. Apa saja sanggup dilakukan untuk anaknyaaaa.

Itulah ayah, pemberi motivasi dan orang yang menjadikan saya kuat semangat. Saya sayaaaaaang ayah <3





Inilah dua orang yang saya maksudkan, Ibu dan ayah ;)

Thursday, May 12, 2011

* Don't ask me, I don't know

Seriously, in my life I don’t know what I have done wrong. Am I truly a bad person? Is this karma or something? I don’t know. But somehow deep down I know, this is all Allah’s work. He planned everything perfectly for me. Probably, that thing is so not for me, so that’s why I did not get it. Dear Allah, I know I’m not a good servant for you. I come to you when I desperate of having no one but Allah, I have no means. I am trying to be a good one. I promise O’ Allah. Whenever I did not get what I want, I know, Allah had saves something for me. A good one and I just need to be patient. Yes – PATIENCE. That’s the word.

People ask me, annoying question. I can’t answer it. Don’t ask. Seriously, I don’t know. Please. I am SAD. Yes, I AM. But, am I supposed to cry? No, right? I’m big already and big girls don’t cry.

I pretend to be tough, pretend to laugh, pretend to be happy, and pretend to be what I am right now. Deep down, no one knows. Who knows what inside my heart, only HIM-Allah. People said, be strong, don’t give up, blablabla. Yes, I know and thank you everybody for saying that but I’ve had enough for myself. The least thing that I hope people around me to do is to keep quiet and don’t ask anything. Just keep their mouth shout, act as if nothing happen. Believe me, it feels much better.

It’s about to end, and I’m glad it’ll over soon. But, I have to fight for something, fight to get the answer that people kept asking me. I hope it will be a real good answer.

Friday, May 6, 2011

* if I know

Salam,

I'll start off my blog with Salam of course. Okay, sorry redundant. Its been two years in KMB and now I am sitting for my final IB exam. One paper is done, Maths. i hope i done well.

Life teaches me a lot. A lesson from A to Z. i did not get any placement yet. Yess, what to say. There must be lots of people talking like why she did not get her placement? She's not cleverlaaa, that's why, yada yadaaa and all. I've been rejected three time already. First by IUMC, second PMC and the third one is from Chezch. I personally think there is a reason behind everything. I tried everything and tawakal to Allah everytime I faced the interview session but what I know is, if that place is a good place for me, then, send me there. If it is not,DON'T. Yaaa, ia sakit bila anda ditolak berkali-kali macam kalau nak beli ice cream tu mak kata no! cannot!, atau senang kata bila anda nak sesuatu dan telah berusaha semampunya, tetapi tetap tak dapat. itu yang saya rasa.

But, what I can say is Allah had planned everything for me. Everything have a reasons behind it. Deep down, I know Allah reserves something for me. A better place fro me, InsyaAllah. Allah cuma tak nak bagi sekarang. i need to pray more and work harder.

I am so lucky to have wonderful friends around me, especially my roommate, Arlina Arshad. She is everything. She saved me whenever I feel like I'm sinking in the ocean where no one to be found. She is my sister, my best friend, and my IB 45 mate :) Thank you Arli. Ibu kata, kawan bila berduka susah na cari and i think I found one. Thank you Allah.

What i can say is, the placement thing is not really a matter to me because I have other things to do. If Allah say so, then it will be. It's just a matter of time. We just have to wait. Ya, janji Allah itu pasti. Well, get back to work and focus on my IB exam. I have to get 45 for Allah, for my teachers, and for ayah and ibu. Opah juga yang selalu buat solat hajat semoga cucu dia tak selalu sedih. :)

I don't know what my life will be next and I just can pray to Allah that He gives me the strength to face the world - real world. keep on praying and remember Him. he knows what best for us and InsyaAllah, we'll get it sooner or later :)

Sunday, December 12, 2010

* Universe :)

She is BEAUTIFUL;


drop dead gojes weyh !

Saturday, December 11, 2010

* hujan rintik rintik, air bergelora

Salam.

Here i am pada jam 8.14 pagi. Di ruang tamu rumah sambil cuba untuk siapkan TOK but end up menulis blog. Urrgghh. selalu macam tu. Now, in Taiping hujan rintik rintik sebab tu tajuk post macam tu. HEHE. Ibu punya nasi lemak dah bau bau sampai depan rumah. OH my, sedap menusuk kalbu tak ingat.

Semalam kononnya nak pegi tengok movie Narnia 3D but then tak jadi oleh kerana kaknyah nak kena practice Seni dia because dia ada paper last SPM which is Pendidikan Seni Visual. So, dia asyiklaa melukis lukisan laga dia tu until dah bertimbun timbun ikan laga dalam rumah ni. Btw, i never thought ikan laga would be this beautiful. Ingatkan ikan laga warna hitam. HEHEHE. Gila kuno aku nie. Adoi ! Memalukan orang kampung je kann.

Today kena siapkan my TOK essay. Sakit kepala bila fikir bende tu. Like OMG. But then, takpela because it helps me a lot. Membantu saya menjadi a great thinker. When i learned TOK, i learn what life is sebenanrnya. Berfikir pun cara matang jugak. cheewahh. Okay, plan untuk today. Ibu kata nak balik kampung but then, my essay tak siap lagi tp, oleh kerana dah rindu opah, baliklaaa kampung. Jenguk jenguk. Peluk cium sekejap. Bukan selalu balik kampung kann. Besides, ada kenduri lagi dekat kampung.

This morning, pagi pagi lagi dah tengok video lawak. OMG, like memanglaa this particular person nie gila berani buat appearance dekat You Tube kan. Kalau korang pernah tengok, nama dia Cikgu Shida. Mannnn, she is soooo funny ! HAHAHA. Seriously you guys should watch it. Adoyaiii. And, darn itt, she got a fan page mann! OMG, gila ramai kott fan diaa ! HAHAHA.

Ini mungkin video kemunculan baru dia di You Tube




Lawak kannn ? HAHA. Waktu ni dia tak ada kostum lagi. And, here's more :)


HAHA, full with costum lagi. Jadi ahli sihir. Serious lawak. :) She really have guts to do that eh ?

Ok, now, nak pergi makan nasi lemak. perut dah berkeroncong. Till then.





Friday, December 10, 2010

*le déjeuner :)

Salam.

Haha, tajuk post tak boleh blah nak guna French jugak. HEHE. Okay, today hari yang agak gloomy sebab kelam kabut nak siapkan my TOK essay. TOK stands for Theory of Knowledge. Ala-ala macam falsafahlaaa begitu kan. Jadi, I was duduk in front of laptop and suddenly feels hungry. Sekarang dah pukul 2 petang but then tak lunch lagi. (Ceh, padahal makan breakfast pun dah pukul berapa tadi kan) Walaubagaimanapun, duduk konon nak menunggu bonda pulang mana tau kot ada makanan. So, call la ibu.

Saya : Hello ibu, ibu balik tak tengah hari ni?

Ibu : Ibu tak baliklaa sebab kereta ada dekat ayah.

Saya :(Dengan hampanya) Oh, takpelaa ibu, nanti kitorang masaklaa apa apa kat dalam peti ais tu

Ibu :Ok, kat peti ais ada daging, telur, ayam, udang dengan sotong

Saya : Haaa, ok ok ibu. Nanti taula kitorang. Ok, bye ibu

Jadi conversation samapai di situ. Turun ke dapur terus bukak peti ais dan keluar kan segala jenis makhluk yang ada dalam peti asi tu. Lepas tu naik atas balik, fikir nak masak apa. Oleh kerana semua orang dah lapar macam nak pengsan pengsan, jadi terpaksa buat keputusan dengan cepat dan pantas. Jadi, sebulat suara dah bersetuju untuk masak paprik campur dan juga sotong goreng tepung. Yummy ! Sedap oh ! (Saja nak puji diri sendiri)

Jadi turun semula ke dapur dengan 3 orang tentera yang lain. Berhempas pulaslaa potong bawang, potong tu, potong ni. Gamba tak ada sebab semua sibuk sampai dah tak peduli nak snap snap. Jadi, setelah setengah jam di dapur. Inilah yang jadi



TADAAAAA !!!!


Sotong goreng tepung :)



Paprik campur. Ada ayam dan udang :)



Haha, ceh, sebenarnya masakan biasa jela. Tak adalah yang menarik pun. Tapi, saja suka-suka. Semua orang pun suka makan dan habis. Yeay. Mungkin esok boleh masak lagi. Cari another menu laa kan. Jadi, that's all for today. Kene menyaOK essay yang tak habis habis lagi ni padahal dateline Isnin depan. OMG, sekarang baru mula nervous.